Tamil Nadu lanjutkan perintah berkurung hingga 31 Julai - Utusan Malaysia

Tamil Nadu lanjutkan perintah berkurung hingga 31 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI: Kerajaan Tamil Nadu melanjutkan perintah berkurung Covid-19 di seluruh negeri itu sehingga 31 Julai ini susulan kebimbangan bakal berdepan gelombang ketiga Covid-19.

Lapor Indian Express, Ketua Menteri, MK Stalin mengumumkan perkara tersebut.

Sekatan masih dikekalkan terhadap pengangkutan bas awam dan swasta di negeri serta perkhidmatan penerbangan.

Kolam renang, pawagam, zoo, sekolah, kolej masih ditutup manakala aktiviti sosial, budaya, sukan dan politik tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada beberapa institusi latihan untuk beroperasi pada kapasiti 50 peratus orang secara bergilir.

Guru dibenarkan ke sekolah untuk menguruskan hal berkaitan pendaftaran pelajar dan pengagihan buku teks. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN