Tahanan Palestin maut dalam penjara Israel - Utusan Malaysia

Tahanan Palestin maut dalam penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang tahanan rakyat Palestin maut dalam Pusat Tahanan dan Penyiasatan Israel di Baitulmuqaddis, petang semalam.

Sumber mengesahkan Abdo Yousef Al-Khatib Al-Tamimi, 43, meningggal dunia di ‘Al-Maskobiya’.

Penasihat Media bagi Jawatankuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Tahanan, Hassan Abed Rabbo berkata, pemuda dari kem Shuafat itu maut ketika berada dalam tahanan Israel.

Katanya, mangsa ditahan tentera Israel di Al-Tamimi Ahad lalu, kerana kesalahan melanggar trafik.

Hassan menggesa Israel dan pentadbiran penjara itu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian lelaki itu.

Keluarga mangsa melaporkan bapa kepada empat anak itu dipukul dan dikenakan arus eletrik oleh polis Israel.

Zionis Israel sebaliknya memaklumkan punca kematian Abdo adalah akibat serangan jantung ketika berada di dalam sel tahanan.

Keluarga mangsa menjelaskan lelaki itu tidak pernah menghidap sebarang penyakit.

Seramai 222 tahanan rakyat Palestin dianggarkan maut ketika berada di dalam penjara Israel sejak 1967, dengan lima daripadanya meninggal dunia tahun ini. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya