YANGON: Sukarelawan terpaksa mengunjungi rumah ke rumah untuk mengambil penduduk yang maut akibat Covid-19 apabila hospital di Myanmar kosong tanpa kehadiran petugas perubatan pro-demokrasi.
Lapor AFP, hospital di seluruh Myanmar kosong tanpa kehadiran doktor mahupun pesakit sejak serangan junta tentera Februari lalu.
Ramai penduduk mengelakkan diri ke hospital yang dikuasai oleh junta tentera disebabkan kemarahan yang semakin membuak-buak terhadap pemerintahan tentera.
Situasi itu menyebabkan sukarelawan terpaksa membekalkan oksigen sendiri dan membawa mayat ke tempat pembakaran.
Telefon Than Than Soe mula berdering sejak awal pagi dengan permintaan daripada ahli keluarga mangsa di ibu negara Yangon.
Dia menulis nama, alamat dan nombor telefon mangsa serta menghantar pasukan sukarelawan ke rumah.
“Kami menjalankan perkhidmatan tanpa rehat. Setiap hari pasukan saya akan mengumpulkan sebanyak 30 hingga 40 mayat mangsa Covid-19.
“Saya kira pasukan sukarelawan lain melakukan perkara sama seperti kami. Kadang-kadang terdapat dua mayat mangsa dalam satu rumah,” luahnya.