Serangan bom di pasar, 35 terbunuh - Utusan Malaysia

Serangan bom di pasar, 35 terbunuh

ANGGOTA keselamatan memerika lokasi kejadian serangan pengebom bunuh diri di Sadr City, Iraq. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 35 terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di sebuah pasar yang sesak dengan orang ramai di sini semalam.

Al-Jazeera melaporkan, cebisan mayat mangsa dilihat lokasi kejadian, pasar yang dipenuhi pembeli membuat persiapan Aidiladha.

Lebih 60 cedera, menurut sumber polis.

Angka kematian mungkin meningkat kerana kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Serangan berlaku di Pasar Wahailat di Sadr City.

Presiden Iraq, Barham Salih menyifatkan serangan itu sebagai ‘jenayah keji’.

“Ia adalah malam raya yang penuh kesedihan,” jelas Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN