Sebulan tidur di balkoni kerana percaya rumah berhantu - Utusan Malaysia

Sebulan tidur di balkoni kerana percaya rumah berhantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sepasang suami isteri dan dua anaknya terpaksa tidur dalam sebuah khemah kecil yang didirikan di balkoni apartmen, selama sebulan kerana percaya rumah mereka berhantu.

Lapor Oddity Central, Patricia dan David C. bersama anak-anak mereka berpindah ke sebuah apartmen yang terletak di taman Semcoda, Replonges di Perancis pada September tahun lalu.

Bangunan apartmen itu dibina pada 2016 di atas tanah yang sebelum ini menempatkan sebuah hangar lama.

Menurut Patricia, keluarganya tidak selesa tinggal di apartmen itu kerana dapat merasakan perkara ganjil berlaku khususnya pada waktu malam.

Patricia juga mendakwa anak perempuannya melihat perkara aneh di sekitar rumah itu sebaik sahaja keluarganya berpindah masuk.

Katanya, dia dan keluarganya percaya terdapat aktiviti paranormal di dalam rumah mereka.

Jelas Patricia, situasi menjadi teruk sehingga mereka terpaksa memasang khemah kecil di balkoni apartmen untuk tidur pada setiap malam.

“Sudah sebulan, saya dan keluarga saya tidur di balkoni,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya