Richard Branson bakal terbang ke angkasa lepas malam ini - Utusan Malaysia

Richard Branson bakal terbang ke angkasa lepas malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Richard Branson bakal menjadi hartawan pertama di dunia yang menerokai angkasa lepas menerusi satu penerbangan bersejarah yang akan berlepas dalam tempoh beberapa jam lagi.

Pangasas syarikat Virgin Galactin berusia 70 tahun itu akan terbang ke angkasa lepas menggunakan kapal VSS Unity yang dilancarkan menerusi roket VMS Eve.

Branson dijadualkan berlepas dari Spaceport America di New Mexico bermula pukul 9 malam ini waktu Malaysia dan pelepasan itu akan disiarkan secara penstriman langsung.

Terdahulu, Branson mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangannya, Elon Musk kerana menyokong impiannya untuk mengembara ke angkasa lepas.

“Terima kasih menyokong kami dan saya akan ‘jumpa anda di sana’,” ciap Branson dalam Twitternya.

Musk menerusi Blue Origin juga dijangka berlepas ke angkasa lepas dalam tempoh sembilan hari akan datang iaitu pada 20 Julai ini.

Kedua-dua ahli perniagaan itu saling berlumba untuk mempromosi pelancongan ke angkasa lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.