Remaja perempuan di China mempunyai ketinggian 2.26 meter - Utusan Malaysia

Remaja perempuan di China mempunyai ketinggian 2.26 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mula menjadi perhatian media di negara ini kerana mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 2.26 meter.

Gadis berasal dari Shandong itu bergiat aktif dalam sukan bola keranjang dan dengan ketinggiannya itu, dia digelar sebagai ‘Yao Ming kedua’.

Yao Ming merupakan pemain bola keranjang lagenda China yang mempunyai ketinggian 2.29 meter.

Menerusi beberapa imej dan video yang mula tular dalam media sosial di negara ini, penampilan Zhang Ziyu dalam pasukan bola keranjangnya sudah dapat diteka berdasarkan ketinggiannya.

Media China melaporkan, ibu bapa Ziyu merupakan pemain bola keranjang profesional dan ketinggian remaja itu sudah pun melebihi tinggi bapanya iaitu 2.13 meter dan ibunya, 1.98 meter.

Menurut Global Times, Ziyu mempunyai ketinggian 1.6 meter ketika sekolah rendah dan apabila masuk sekolah menengah, ketinggiannya menjadi 2.1 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN