Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

MOHAMMED MUNIR AL-TAMIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang remaja Palestin maut ditembak tentera Israel semasa pertempuran di Tebing Barat.

Pihak Berkuasa Palestin berkata, mangsa, Mohammed Munir al-Tamimi, 17, yang menderita akibat kecederaan selepas ditembak meninggal dunia di hospital.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, remaja itu maut sehari selepas keganasan berlaku di perkampungan Beita.

Sebelum itu, Lebih 140 penduduk Palestin diserang oleh tentera Israel dalam pertempuran di perkampungan Beita, Tebing Barat.

Dua tentera Israel turut mengalami kecederaan ringan dalam pertempuran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN