Rantau Asia Tenggara 'kacau-bilau' angkara Covid-19 - Utusan Malaysia

Rantau Asia Tenggara ‘kacau-bilau’ angkara Covid-19

SEORANG wanita dan anaknya tidak dapat menahan kesedihan ketika menyaksikan pengebumian ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rantau Asia Tenggara kini berdepan dengan krisis Covid-19 paling teruk apabila kes jangkitan dan kematian akibat wabak maut itu seakan-akan tidak reda, malah terus bertambah dari semasa ke semasa.

Ketika Britain, Jerman dan Perancis bersedia melonggarkan semua sekatan Covid-19, keadaan pula berbeza di rantau ini apabila kebanyakan negara mengetatkan protokol kesihatan termasuk melaksanakan perintah berkurung.

Di Indonesia, sebanyak 38,391 kes jangkitan baharu direkodkan semalam, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding awal bulan ini.

Kebanyakan hospital di negara ini juga sudah sampai ‘tahap maksimum’, selain bekalan oksigen rendah dan kerajaan terpaksa menambah kawasan perkuburan pesakit Covid-19.

Di Thailand, kes kematian akibat Covid-19 juga direkodkan semakin meningkat sehingga menyaksikan lapangan terbang diubah suai menjadi hospital lapangan yang boleh menampung 5,000 pesakit dalam satu-satu masa.

Negara jirannya, Myanmar juga tidak ketinggalan diancam Covid-19 apabila lebih 4,000 kes jangkitan baharu dicatatkan buat pertama kali semalam dan keadaan sama berlaku di Kemboja.

Dalam pada itu, kadar pelaksanaan ujian saringan yang rendah di Filipina dan Myanmar turut menyumbang kepada peningkatan kes mendadak di rantau Asia Tenggara.

Sementara itu di Vietnam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung di Ho Chi Minh bermula hari ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya