RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menitahkan pembayaran sebanyak 3.74 juta riyal (RM4.2 juta) sebagai geran bantuan perkahwinan kepada 200 golongan lelaki dan wanita di seluruh negara itu.
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan peruntuhan kewangan itu sebagai tanda kesungguhan baginda menyokong golongan anak yatim dan orang kurang upaya kerana mereka merupakan kumpulan utama program ‘SNAD Mohammed Salman’.
Pada 2019, putera mahkota itu menyalurkan bantuan 520 juta riyal (RM583 juta) kepada 26,000 penduduk di seluruh Arab Saudi menerusi skim sama.
Penerima sumbangan turut menerima latihan di bawah program kesedaran kewangan.










