PM Thailand jalani kuarantin di rumah - Utusan Malaysia

PM Thailand jalani kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dilaporkan sedang menjalani kuarantin di kediamannya selepas menjadi kontak rapat dengan seorang ahli perniagaan yang disahkan positif Covid-19.

Beberapa media tempatan melaporkan, pemimpin itu telah bertemu dengan Presiden Dewan Perniagaan Surin, Veerasak Pisanuwong ketika dalam lawatan kerja ke Phuket pada minggu lalu.

“Saya ingin memaklumkan bahawa perdana menteri akan terus bekerja seperti biasa dan memantau situasi dengan rapat. Malah, beliau didapati negatif Covid-19.

“Beliau akan terus melakukan ujian saringan Covid-19 dari semasa ke semasa.

“Ia bagi meyakinkan masyarakat bahawa negara akan terus maju dan situasi pandemik akan dipantau serta ditangani dengan teliti,” kata jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri.

Berdasarkan laporan media tempatan, Prayut meninggalkan Rumah Kerajaan pada waktu tengahari untuk menjalani kuarantin di kediamannya, selepas bertemu dengan seorang diplomat Myanmar.

Minggu lalu, Prayut menghadiri upacara pembukaan semula Phuket yang mana beliau menjadi kontak rapat dengan Veerasak.

Menurut laporan media, Veerasak disahkan positif Covid-19 sejurus selepas pulang ke wilayah Surin dari Phuket, dan beliau memaklumkan perkara itu menerusi Facebook.

Beliau turut menasihati mana-mana individu yang menjadi kontak rapatnya untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya