AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte memohon maaf kerana ‘membuat penilaian yang salah’ dengan melonggarkan hampir kesemua sekatan Covid-9 di negara ini.
Pelonggaran sekatan Covid-19 yang dilakukan sejak tiga minggu lalu itu menyaksikan kes jangkitan meningkat ke tahap tertinggi pada tahun ini.
Sehubungan itu, sekatan terhadap bar, restoran dan kelab malam dilaksanakan semula pada Jumaat lalu.
Terdahulu, Rutte enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung pelonggaran sekatan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘langkah yang logik’.
Pada Sabtu lalu, institut kesihatan Belanda melaporkan lebih 10,000 kes jangkitan Covid-19 bahary, sekali gus menjadi jumlah harian tertinggi sejak Disember tahun lalu.
Lebih 46 peratus penduduk dewasa Belanda yang kebanyakan golongan warga emas sudah menerima vaksinasi lengkap dan lebih 77 peratus menerima satu dos vaksin.
Permohonan maaf Rutte dibuat ketika beberapa negara di Eropah mencatatkan peningkatan kes jangkitan susulan penularan varian Delta.