Petugas perubatan sibuk karaoke, enggan layan pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

Petugas perubatan sibuk karaoke, enggan layan pesakit Covid-19

KETUA daerah Bogor, Ade Yasin (tengah). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Satu video yang menunjukkan seorang petugas ‘terlalu leka berkaraoke’ sehingga tidak melayani pesakit Covid-19 yang datang untuk dirawat di sebuah pusat kesihatan awam menjadi tular dalam media sosial.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Tribunnews, kejadian itu berlaku di pusat kesihatan awam Bogor, Jawa Barat.

Beberapa petugas di pusat kesihatan tersebut didakwa enggan melayan pesakit yang disahkan positif Covid-19, menyebabkan berlaku ketegangan antara petugas dengan keluarga pesakit itu.

Ketua pusat kesihatan itu, Situ Udik mengesahkan insiden itu dan memaklumkan pihaknya sudah memberi amaran keras kepada petugas yang terlibat.

Katanya, kesemua pertugas itu masig melayani pesakit dan mereka hanya berkaraoke menggunakan Youtube.

“Tiada set karaoke di pusat kasihatan kami, mereka hanya buka Youtube dan menyanyi menggunakan mikrofon yang digunakan untuk panggil nama pesakit.

“Saya sudah pun beri amaran keras kepada mereka supaya tidak ulangi kesilapan itu dan kami mohon maaf,” katanya.

Sementara itu, Ketua Daerah Bogor, Ade Yasin menegaskan setiap petugas perubatan perlu cepat dan efisien dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit Covid-19 memandangkan situasi sudah semakin teruk di negara ini.

“Kita kena bertindak pantas supaya pandemik ini cepat berakhir. Tanggungjawab petugas perubatan amat besar, maka, perlulah digalas dengan penuh kesabaran serta keikhlasan,” ujarnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya