Perlawanan ragbi paling lama di dunia selama 33 jam - Utusan Malaysia

Perlawanan ragbi paling lama di dunia selama 33 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan bekas ahli kelab ragbi Britain berjaya pecah Rekod Dunia Guinness apabila bermain ragbi selama 33 jam, sekali gus menjadi perlawanan paling lama di dunia.

Seramai 28 bekas ahli Kelab Ragbi Hoylake yang berusia antara 39 hingga 59 tahun terlibat dalam perlawanan itu buat pertama kali sejak 2001 dan berlangsung selama 33 jam, 33 minit serta 33 saat.

Pasukan itu mengetepikan rekod sebelum ini iaitu perlawanan ragbi selama 30 jam, 3 minit dan 11 saat yang dilakukan oleh pasukan dari Universiti Keele pada 2017.

Barisan pemain Hoylake memaklumkan, perlawanan ragbi itu diadakan sebagai memperingati seorang ahli kelab yang sudah meninggal dunia, iaitu Dan Miller.

Miller meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jun tahun lalu ketika berusia 43 tahun.

Perlawanan ragbi yang diadakan itu juga mengumpul sejumlah dana untuk didermakan kepada sebuah badan kebajikan yang sering dibantu oleh Miller.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN