Perintah berkurung penuh tidak jamin kes Covid-19 di Indonesia akan turun - Utusan Malaysia

Perintah berkurung penuh tidak jamin kes Covid-19 di Indonesia akan turun

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyatakan perintah berkurung secara penuh di semua wilayah tidak akan menjamin penurunan kes jangkitan Covid-19 negara ini.

Sehubungan itu, beliau memilih untuk melaksanakan perintah kawalan pegerakan darurat.

“Kita boleh laksanakan perintah berkurung, namun langkah tersebut juga tidak dapat menjamin krisis Covid-19 di Indonesia akan selesai.

“Kita tidak mahu perintah berkurung secara penuh kerana tindakan itu akan menutup semua sektor dan menjejaskan banyak pihak,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Jelas Jokowi, kawalan pergerakan yang dilakukan dapat mengatasi krisis kesihatan dan pada masa yang sama, dapat menjaga sektor ekonomi negara.

Katanya, kawalan pergerakan darurat yang diadakan ketika ini disifatkan seperti semi-perintah berkurung.

“Walaupun Indonesia melaksanakan perintah kawalan pergerakan darurat, tetapi masih ramai yang minta saya longgarkan.

“Jadi, bagaimana kita mahu laksanakan perintah berkurung kalau yang sekarang ini pun sudah tidak boleh tahan?,” ujarnya.

Jokowi juga memberitahu, kes jangkitan di negara ini sejak Januari sehingga Mei sudah mulai reda sehingga kemunculan varian Delta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya