Perintah berkurung di Sydney dilanjutkan sebulan lagi - Utusan Malaysia

Perintah berkurung di Sydney dilanjutkan sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pihak berkuasa di New South Wales memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung di Sydney selama sebulan lagi.

Keputusan itu dibuat selepas sekatan Covid-19 yang dilaksanakan selama beberapa minggu gagal membendung varian Delta yang merebak dengan pantas.

Lapor Reuters, Ketua Menteri, Gladys Berejiklian berkata, peraturan perintah berkurung yang dijadualkan berakhir pada Jumaat ini, akan dilanjutkan sehingga 28 Ogos depan.

Sebanyak 177 kes penularan tempatan baharu dikesan di New South Wales.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 172 kes yang dilaporkan sehari sebelumnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN