JAKARTA: Sepasang pengantin yang hanya menerima duit sebanyak 5,000 hingga 10,00 rupiah (RM1-RM2) daripada tetamu undangan ketika majlis pernikahan menjadi tular dalam media sosial.
Lapor Suara.com, menerusi rakaman video dalam TikToK, beberapa orang membantu pasangan pengantin itu membuka sampul yang diterima daripada tetamu.
Hantaran itu menyatakan membuka sampul adalah saat yang paling ditunggu-tunggu semasa malam pertama majlis perkahwinan.
Selain itu, mereka juga turut menerima sebanyak 50,000 hingga 100,000 rupiah (RM14-RM30) daripada tetamu yang hadir.
Rakaman video itu mencuri perhatian warga maya kerana mempersoalkan jumlah sumbangan yang diterima.
“Kenapa hanya terima 5,000 hingga 10,000 rupiah sahaja? Di tempat saya, pengantin menerima paling kurang 35,000 rupiah (RM10),” komen seorang pengguna.