Pempengaruh media sosial maut ketika buat video secara langsung - Utusan Malaysia

Pempengaruh media sosial maut ketika buat video secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pempengaruh media sosial terjatuh dari ketinggian 48 meter semasa merakam video dirinya.

Lapor The Sun, tangan Xiaoqiumei masih memegang telefon bimbit semasa dia jatuh di atas tanah.

Mangsa yang merupakan pengendali kren menara mempunyai seramai 100,000 pengikut dalam meida sosial kerap berkongsikan video mengenai kehidupan hariannya dan pekerjaannya.

Menurut laporan media tempatan, mangsa berusia 23 tahun dan ibu kepada dua anak.

Saksi kejadian berkata, kemalangan berlaku petang Selasa lalu semasa kebanyakan pekerja sudah meninggalkan kawasan tersebut.

Video yang dikongsikan secara meluas dalam talian dilaporkan dirakam oleh mangsa walaupun keluarganya menafikan wanita itu tidak merekodkan sebarang video.

Keluarga mangsa memaklumkan dia seorang profesional di tempat kerja dan menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg semasa bekerja.

Jelasnya, mangsa meninggal dunia ketika mengendalikan operasi kren berhampiran rumahnya di wilayah Quzhou, Zhejiang.

Mangsa difahamkan terlajak satu langkah sebelum jatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN