Pelanggan cuak beli makanan dibungkus dengan kertas ujian Covid-19 - Utusan Malaysia

Pelanggan cuak beli makanan dibungkus dengan kertas ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEPOK: Sekeping gambar yang menunjukkan makanan dibungkus menggunakan kertas yang tertera keputusan ujian saringan Covid-19 positif menjadi tular dalam media sosial.

Perkara itu dialami oleh seorang pembeli di Depok, Jawa Barat.

Katanya, dia membeli makanan bergoreng di sebuah kedai dan menyedari makanan itu dibungkus menggunakan kerta keputusan ujian Covid-19.

“Saya harap, tiada apa-apa akan terjadi, mungkin makanan ini lebih sedap selepas dibungkus dengan kertas keputusan Covid-19,” selorohnya.

Berdasarkan keterangan pada kertaa ujian tersebut, individu yang menjalani pemeriksaan adalah seorang wanita warga emas berusia 63 tahun pada Februari lalu.

Gambar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Seorang daripadanya menulis ‘begitulah hebatnya orang Indonesia, kertas keputusan ujian Covid-19 pun boleh dibuat bungkus makanan’.

Ada juga pengguna yang berasa kejadian itu lucu, namun perlu berhati-hati kerana terdapat butiran peribadi yang boleh disalah guna untuk pihak tidak bertanggungjawab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.