PBB siasat penindasan di Israel dan Palestin - Utusan Malaysia

PBB siasat penindasan di Israel dan Palestin

SEORANG lelaki warga emas berjalan melalui bangunan runtuh akibat serangan udara Zionis di Gaza City, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Bekas Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay akan mengetuai siasatan terbuka terhadap penyalahgunaan ‘sistematik di Israel dan Palestin.

Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkata, Pillay akan mengetuai tiga individu berkaitan bagi siasatan penyalahgunaan kuasa serta punca konflik yang tercetus sejak beberapa dekad lalu.

Suruhanjaya siasatan (COI) adalah siasatan peringkat tertinggi yang boleh diperinthkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Siasatan itu dibangkitkan ketika sesia khas dewan PBB yang diadakan pada 27 Mei lalu.

Sesi khas itu bagi membincangkan peningkatan keganasan yang meragut banyak nyawa dalam konflik Palestin, Israel baru-baru ini.

Suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas yang sudah ditubuhkan akan menyiasat semua dakwaan pencabulan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa di Israel, wilayah Palestin yang dijajah termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Suruhanjaya itu juga akan menyiasat punca utama ketegangan yang berulang, ketidakstabilan dan penentangan konflik termasuk diskriminasi serta penindasan berdasarkan identiti, etnik, kaum dan agama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN