PADANG: Akibat masalah kewangan, dua lelaki yang merupakan pasangan sejenis bertengkar di tepi jalan sehingga dibawa ke balai polis Padang.
Kedua-dua pasangan itu dikenali sebagai A, 15 dan HN, 28, lapor Tribunnews.
Punca pertengkaran akibat A yang merupakan pelajar sekolah menengah dijual oleh pasangan sejenisnya, HN, menerusi aplikasi songsang LGBT akibat masalah kewangan yang dialami oleh A.
A juga turut mengaku menjalinkan hubungan songsang dengan HN kepada pihak polis.
“Saya suka sama suka dengan abang HN. Jadi kami berpacaran.
“Waktu itu saya tiada duit dan hendak makan pun susah. Jadi, saya turuti saja kehendak HN,” katanya.
Akibat ketakutan semasa bertengkar, A memilih untuk keluar dari kereta.
Namun, disebabkan tiada kelibat orang ramai ketika itu, A masuk semula ke dalam kereta HN.
Kedua-duanya kemudian menuju ke tempat pelanggan untuk menjalankan perkhidmatan seks.
A mampu meraih pendapatan sebanyak 200,000 rupiah hingga sejuta rupiah (RM58-RM291).
Wang itu digunakan bagi keperluan harian dirinya.










