Orang Indonesia kedua tertinggi di dunia 'main HP' - Utusan Malaysia

Orang Indonesia kedua tertinggi di dunia ‘main HP’

Kanak-kanak belum faham erti manfaat, selalu yang menjadi bualan di grup adalah perkara ringan, senang cakap membuang masa dan data. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pandemik Covid-19 membuatkan tempoh masa pengguna terdedah kepada skrin atau menggunakan telefon bimbit meningkat secara drastik.

Detik melaporkan, perkara itu didedahkan hasil laporan penyelidik analitik App Annie yang menganalisis data penggunaan telefon bimbit di beberapa negara.

Melalui hasil penyelidikan sepanjang enam bulan tahun ini, penduduk Indonesia menghabiskan 5.3 jam dalam sehari ‘main HP’ atau pendedahan terhadap skrin telefon.

Angka itu meningkat 35 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.

Dengan rekod itu, Indonesia berada di tangga kedua dunia selepas Brazil, penduduknya menghabiskan 5.4 jam sehari ‘main HP’, meningkat 30 peratus berbanding 2019.

Antara negara-negara Asia, Indonesia berada di atas.

Negara-negara lain yang masuk dalam daftar itu adalah India (4.9 jam), Korea Selatan (4.8 jam), Turki (4.5 jam), Jepun (4.4 jam) dan China (3.1 jam).

Di Asia Pasifik, aplikasi popular digunakan adalah Google Classroom selain pesanan makanan dan berita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN