Nia Ramadhani, suami dibawa ke pusat pemulihan hari ini? - Utusan Malaysia

Nia Ramadhani, suami dibawa ke pusat pemulihan hari ini?

NIA Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aktres Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dilaporkan bakal dibawa ke pusat pemulihan dadah hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Badan Narkotik Nasional (BNN) mencadangkan supaya pasangan suami isteri itu dihantar ke pusat pemulihan bagi merawat ketagihan dadah.

Pasangan itu dijangka dipindahkan dari Balai Polis Metro Jakarta Pusat ke pusat pemulihan dadah hari ini.

Namun, sehingga kini polis tidak menheluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Peguam bela pasangan suami isteri itu, Wa Ode Nu Zaenab bagaimanapun mengesahkan mereka akan dihantar ke pusat pemulihan, namun tidak memaklumkan bila tarikhnya.

“Benar, Nia dan Ardi akan dihantar ke pusat pemulihan, cuma saya tidak tahu bila dan dimana,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Terdahulu, aktres itu memohon maaf atas kesilapannya dan menyesali dengan perbuatannya.

“Saya ingin mohon maaf kepada semua atas apa yang berlaku. Saya tahu ini bukan perkara yang baik untuk dicontohi,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya