BAITULMUQADDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akhirnya meninggalkan kediaman rasminya awal hari ini, selepas hampir sebulan disingkirkan dari arena politik.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap keluarga Netanyahu dalam satu kenyataan.
Beberapa trak besar juga dapat dilihat di luar perkarangan kediaman tersebut dan dipercayai digunakan untuk membawa semua barangan milik keluarga bekas pemimpin itu.
Netanyahu sebelum ini menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat di Israel iaitu selama 12 tahun.
Beliau berdepan dengan dakwaan rasuah dan usaha menyingkirkannya sudah berlarutan selama beberapa tahun sehingga bulan lalu.
Kini, Israel ditadbir oleh Naftali Bennet. – AFP










