Menteri Sepanyol minta penduduk kurang makan daging - Utusan Malaysia

Menteri Sepanyol minta penduduk kurang makan daging

SECARA purata, rakyat Sepanyol makan daging lebih satu kilogram dalam pemakanan harian mereka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Seorang menteri Sepanyol dikritik oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan sendiri selepas meminta penduduk di negara ini mengurangkan pengambilan daging dalam pemakanan harian.

Menteri Hal Ehwal Pengguna Sepanyol, Alberto Garzon melancarkan kempen untuk menggalakkan penduduk negara ini kurang mengambil daging dalam diet harian mereka.

ALBERTO GARZON

“Makan terlalu banyak daging tidak bagus untuk kesihatan kita dan juga Bumi,” katanya.

Namun, kempen yang dilancarkan Garzon itu disifatkan ‘sukar untuk dihadam’.

Menteri Agrikultur, Luis Planas dalam wawancara bersama stesen radio tempatan menyatakan kempen itu ‘tidak bernasib baik’.

Katanya, kempen tersebut adalah ‘tidak adil’ kepada industri daging di negara ini yang merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi Sepanyol.

Dalam pada itu, persatuan industri daging Sepanyol menuduh Garzon sengaja ingin menutup ‘periuk nasi’ kira-kira 2.5 juta pekerja dan sektor eksport yang bernilai sembilan bilion euro (RM44.6 bilion).

Garzon sebelum ini mendakwa secara purata rakyat Sepanyol mengambil lebih satu kilogram daging dalam pemakanan harian mereka.

Katanya, jumlah pengambilan yang baik adalah antara 200 hingga 500 gram daging setiap minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya