Majlis perkahwinan di angkasa lepas 2024 habis ditempah - Utusan Malaysia

Majlis perkahwinan di angkasa lepas 2024 habis ditempah

KAPSUL itu dilengkapi dengan sebuah bilik mandi, bar dan akses internet tanpa wayar (WiFi). – SPACE PERSPECTIVE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Bakal pasangan pengantin kini berpeluang melangsungkan perkahwinan mereka sambil merasai pengalaman mengembara ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapsul yang dijangka berlepas pada tahun 2024.

Sebuah belon sebesar saiz stadium padang ragbi akan digunakan untuk membawa kapsul berkenaan yang terapung pada ketinggian 100,000 kaki (30,480 meter) di atas permukaan bumi.

Lapor Daily Mail, syarikat Space Perspective yang berpangkalan di Florida kini menawarkan tiket penerbangan pada harga AS$125,000 (RM528,088) dengan menjanjikan pemandangan menakjubkan ru
ang angkasa lepas.

Kapsul mewah itu hanya boleh membawa hingga lapan orang ke stratosfera bagi perjalanan selama enam jam.

Para pengembara akan menikmati pemandangan 360 darjah Bumi ketika berada di dalam kapsul itu yang dilengkapi dengan sebuah bilik mandi, bar dan akses internet tanpa wayar (WiFi).

Menurut Space Perspective, syarikatnya menerima sambutan mengalakkan daripada orang ramai termasuk ada yang menempah kapsul itu untuk mengadakan majlis perkahwinan dan acara berkumpulan lain.

Jelas firma itu, pihaknya mula menjual tiket mengembara ke angkasa lepas pada akhir bulan lalu.

Berdasarkan laman sesawang Space Perspective, tiket pengembaraan ke angkasa lepas bagi tahun 2024 sudah habis dijual.

Namun, jelasnya, orang ramai masih boleh menempah tiket untuk tahun 2025.

Tambah syarikat itu, kapsul itu akan berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida dan akan dibawa belon angkasa berbanding roket. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya