Liverpool dikeluarkan dari senarai bandar warisan dunia UNESCO - Utusan Malaysia

Liverpool dikeluarkan dari senarai bandar warisan dunia UNESCO

BANGUNAN di Liverpool Waterfront termasuk Liver Building merentasi Sungai Mersey. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menarik balik status bandar warisan dunia di Liverpool selepas jawatankuasa global memutuskan pembangunan baharu di bandar ini terlalu banyak mempengaruhi struktur sejarahnya.

Lapor CNN, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO di Fuzhou, China. 

Sebelum ini, Liverpool merupakan antara 53 tapak Warisan Dunia UNESCO dimasukkan ke dalam ‘senarai bahaya’, iaitu senarai yang membenarkan pihak berkuasa mencari penyelesaian global bagi memelihara kepentingan warisan sejarah

Bandar itu termasuk dalam senarai yang diancam bahaya sejak 2012 dan tersenarai sebagai warisan dunia sejak 2004.

Kawasan lain yang menerima pengiktirafan itu adalah Machu Picchu di Peru, Piramid Giza di Mesir dan Acropolis di Greece.

UNESCO menerusi kenyataan menjelaskan bandar itu dikeluarkan daripada senarai disebabkan kehilangan warisan yang tidak dapat dipulihkan dalam menyampaikan nilai sejarah luar biasa. 

Antaranya adalah pembangunan di Liverpool Waters yang dirancang berdekad lamanya menjejaskan keaslian dan integriti kawasan itu. 

Perancangan pembangunan itu termasuk mendirikan apartmen, pejabat, kedai dan hotel. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN