Lelaki Jepun hampir mati selepas onani - Utusan Malaysia

Lelaki Jepun hampir mati selepas onani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki Jepun hampir mati akibat melakukan onani berdasarkan laporan kes perubatan.

Lapor Daily Mail, doktor berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berasa ketagih melakukan perkara itu beberapa kali dalam masa sehari.

Namun, tabiat buruk itu hampir meragut nyawanya tahun lalu selepas dia menderita penyakit strok.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), strok yang dialaminya boleh berpunca akibat ketagihan melakukan seks, batuk dan semasa pergi ke tandas.

Lelaki itu diserang sakit kepala yang sangat menyakitkan sehingga muntah.

Bimbang mengenai simptom yang dialaminya, dia kemudian ke Hospital Universiti Bandar Nagoya.

Doktor mendapati dia mengalami tekanan darah rendah dan mempunyai tanda strok.

Pakar perubatan kemudian menjalankan imbasan CT scan di bahagian otaknya bagi mengenal pasti punca simptom tersebut.

Hasil kajian menunjukkan dia mengalami pendarahan subarahnoid iaitu sejenis strok yang mengancam nyawa yang disebabkan oleh pembuluh darah otaknya pecah.

Lelaki itu kembali pulih dan berada dalam keadaan sangat baik selepas dua minggu di hospital.

Dr. Masahiro Oomura dan pakar perubatan lain yang menerbitkan laporan kes itu tidak memberikan penjelasan mengenai strok yang dialami pesakit akibat beronani.

Namun, menurut NHS, pendarahan otak boleh berlaku akibat latihan fizikal seperti mengangkat sesuatu yang berat atau melakukan hubungan seks.

Terdapat 4,800 kes pendarahan subarachnoid setiap tahun di United Kingdom dan kebanyakan kes dialami oleh pesakit berusia antara 45 hingga 70 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya