Lelaki diberhentikan kerja sebab tak pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Lelaki diberhentikan kerja sebab tak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara tidak memakai pelitup muka, seorang pekerja diberhentikan kerja oleh majikannya.

Kisah tersebut menjadi tular dalam sebuah video selepas dimuat naik dalam sebuah akaun media sosial.

Menerusi video itu, pekerja di pusat pembinaan itu diberhentikan oleh pengawal keselamatan projek tersebut.

Lelaki itu ditangkap ketika tidak memakai pelitup muka semasa sedang bekerja.

Mangsa memakai baju berwarna putih dan berseluar panjang semasa diarahkan keluar dari tempat pembinaan itu.

“Ini adalah seorang pekerja yang ditangkap tidak memakai pelitup muka, kami dari pasukan keselamatan mengambil tindakan dan menggugurkan dia daripada projek ini,” kata salah seorang lelaki dalam video tersebut.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti. -AGENSI

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN