Kilang makanan terbakar di Bangladesh, 19 maut - Utusan Malaysia

Kilang makanan terbakar di Bangladesh, 19 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUPGANJ: Sebuah kilang makanan terbakar di sini petang semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang dan puluhan lagi hilang.

Pihak berkuasa Bangladesh tidak dapat memastikan berapa ramai yang terperangkap dalam kilang tersebut ketika kebakaran berlaku.

Sehubungan itu, jumlah korban dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Sehingga pagi ini, api belum berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Ketua Polis Rupganj, Jayedul Alam berkata, tiga mangsa yang maut mengalami luka melecur yang serius.

Katanya, punca kebakaran di kilang setinggi enam tingkat itu masih belum diketahui. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN