Kerajaan Indonesia digesa percepatkan vaksin peniaga pasar - Utusan Malaysia

Kerajaan Indonesia digesa percepatkan vaksin peniaga pasar

PENGUNJUNG membeli barang dapur di pasar tempatan di Lhokseumawe, Aceh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ikatan Pedagang Pasar Indonesia (IKAPPI) meminta pihak kerajaan mempercepatkan bantuan dan juga suntikan vaksin bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan dalam kalangan peniaga. 

Lapor Kompas.com, permintaan itu disuarakan susulan pihak kerajaan memutuskan Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Tahap 4 dilanjutkan sehingga 2 Ogos depan. 

 Ketua Bahagian Komunikasi dan Maklumat IKAPPI, Muhammad Ainun Najib berkata, pihaknya meminta kerajaan menyegerakan usaha itu ke kawasan pasar supaya imuniti berkelompok dapat dibentuk. 

Katanya, usaha itu sekali gus dapat memastikan kawasan pasar bebas daripada jangkitan.

Beliau malah meminta kerajaan tempatan memperkukuhkan protokol kesihatan dengan memastikan pemantauan membasuh tangan dengan sabun dan mengedarkan pelitup muka kepada peniaga. 

“Kami juga meminta pihak Kerajaan Pusat atau daerah mendapatkan data peniaga yang memerlukan insentif atau bantuan modal akibat perniagaan terjejas beberapa bulan lalu,” katanya. 

Kerajaan memberikan kebenaran terhadap pembukaan beberapa sektor ekonomi menerusi PPKM Tahap 4. 

Sebagai contoh, pasar awam yang menjual barang keperluan boleh beroperasi sehingga pukul 3 petang dengan kapasiti pembeli 50 peratus. 

Selain itu, kedai gunting rambut, kedai cuci pakaian, bengkel kereta, kedai cuci kereta dan perniagaan kecil lain boleh dibuka sehingga pukul 9 malam. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.