TUNIS: Seramai 166 migran yang terdampar di laut Mediterranean berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Tunisia.
Golongan migran itu termasuk 65 rakyat Morocco, 62 Bangladesh dan 15 warga Mesir berusia antara 15 hingga 48 tahun.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Tunsia, Mohamed Zekri berkata, kapal yang dinaiki mereka karam berhampiran pelabuhan selatan Zarzis sehingga mengakibatkan 16 orang terkorban.
Jurucakap Keselamatan Negara, Houcem Eddine Jebabli mengesahkan kejadian itu dan penyiasatan masih dijalankan bagi menentukan punca kematian.
Katanya, laluan antara Libya ke Eropah dianggap berbahaya semasa merentas lautan tersebut.
Sebanyak 890 orang dilaporkan mati semasa merentasi laut Mediterranean tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 130 peratus dari tahun lalu. -AFP









