Kanada terima kemasukan pelancong divaksin sepenuhnya - Utusan Malaysia

Kanada terima kemasukan pelancong divaksin sepenuhnya

PEMANDANGAN Jambatan Walterdale dengan bangunan pencakar langit di Alberta, Kanada. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 TORONTO: Kanada akan membenarkan kemasukan pelancong yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya ke negara itu bermula awal September depan. 

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau sekiranya trend vaksinasi semasa dan keadaan kesihatan awam menunjukkan perkembangan baik secara berterusan.

Katanya, beliau juga mengadakan perbincangan berterusan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mula membenarkan rakyat AS yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya dan penduduk tetap ke Kanada bagi melakukan perjalanan tidak penting bermula pertengahan Ogos depan. 

“Perdana Menteri mengatakan sekiranya kadar vaksinasi berjalan secara baik dan keadaan kesihatan awam berterusan, Kanada akan mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh negara yang sudah divaksin sepenuhnya, awal September depan,” kata kenyataan itu. 

Pihak berkuasa kesihatan Kanada memaklumkan sebanyak 78 peratus individu berusia 12 tahun ke atas di Kanada sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. 

Sebanyak 44 peratus individu berusia 12 tahun ke atas pula sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya. 

Kanada turut memaklumkan akan membenarkan kapal pelayaran berkunjung bermula November depan ketika pandemik Covid-19 dijangka pulih dengan syarat mematuhi kesihatan awam. 

Menteri Pengangkutan, Omar Alghabra berkata, larangan itu tidak akan berlaku lagi sekiranya pengendali dapat memenuhi syarat kesihatan awam sepenuhnya. -AGENSI 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN