Jemaah haji puas hati layanan Arab Saudi - Utusan Malaysia

Jemaah haji puas hati layanan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINA: Biarpun berdepan pelbagai cabaran akibat sekatan Covid-19, jemaah haji dilaporkan berpuas hati dengan pelaksanaan ibadah haji oleh kerajaan Arab Saudi.

Lapor Arab News, seorang jemaah haji India yang tinggal di bandar Al-Khafji berkata, dia bersyukur dengan perancangan yang dilakukan sempena musim haji kali ini.

“Ibadah haji kali ini ibarat mimpi buat saya dan kepada Tuhan saya bersyukur kerana berjaya melaksanakan rukun haji dengan sangat selesa.

“Semua jemaah haji mengambil tanggungjawab masing-masing dalam membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah dari Pakistan yang bekerja di Jubail berkata, ini merupakan haji pertama buat dirinya.

“Saya berasa teruja melihat kejayaan perancangan oleh kerajaan Arab Saudi. Pihak berkuasa bekerja sepanjang hari demi memastikan penularan jangkitan wabak dapat dielakkan,” ujarnya.

Bagi jemaah tempatan, Mona Hamad yang merasai pengalaman mengerjakan Rukun Islam kelima buat pertama kali berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya sepanjang mengerjakan ibadah itu.

“Perasaan saya bercampur baur. Saya berbangga dengan negara sendiri, gembira mengerjakan haji dan menyambut Hari Raya Aidiladha. Tiada perkara lain yang lebih menggembirakan,” kongsinya.

Ibadah haji tahun ini bakal melabuhkan tirainya selepas umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Jemaah haji kembali semula ke Mekah secara berperingkat selepas selesai melontar jamrah di Mina.

Mereka kemudian melakukan rukun haji terakhir iaitu Tawaf Ifadhah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali diikuti Saie.

Saie adalah bergerak berlari-lari anak antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali sebagai mengingati peristiwa Hajar, isteri Nabi Ibrahim berlari-lari anak mencari air untuk anaknya,Nabi Ismail ketika mereka tinggal bersendirian di Mekah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN