Guru dipecat tidak tahan bau deodoran pelajar - Utusan Malaysia

Guru dipecat tidak tahan bau deodoran pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang guru dipecat kerana sering mengambil cuti sakit selepas dia mendakwa mengalami serangan asma kerana tidak tahan dengan bauan deodoran yang dipakai pelajarnya.

Bagaimanapun, Alison Grant-Ryder, 62, menerima bayaran gaji sebanyak 78,000 pound (RM448,358) selepas mengambil cuti sakit selama 243 hari antara tahun 2013 dan 2019.

Wanita tersebut berkhidmat sebagai guru di Sekolah Maelor di Wrexham, Wales Utara selama tiga dekad, namun mula mengalami serangan asma di tempat kerja sejak 2013.

Ryder mendakwa dia diserang semput selepas para pelajarnya sering memakai semburan rambut dan deodoran sebelum masuk ke kelas, biarpun perkara itu dilarang di sekolah.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak mampu mengajar serta sering mengambil cuti sakit dan situasi itu tidak disenangi pihak pengurusan sekolah.

Menurut tribunal buruh, keputusan pihak sekolah untuk memecat guru berkenaan adalah berdasarkan ‘pertimbangan yang tidak wajar’.

Selain itu, tribunal buruh turut mendapati sekolah tersebut melanggar Akta Kesamaan 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya