MANILA: Filipina mengeluarkan arahan larangan kemasukan rakyat Malaysia dan Thailand bagi mencegah penularan Covid-19, khususnya varian Delta.
Reuters melaporkan, jurucakap Presiden, Harry Roque berkata, larangan akan bermula Ahad ini sehingga akhir bulan.
“Tindakan ini diambil untuk mencegah penularan varian Covid-19,” katanya.
Sebelumnya, Filipina melarang kemasukan pengunjung dari lapan negara lainnya yang sedang mengalami lonjakan Covid-19, termasuk Indonesia dan India.
Meskipun begitu, kes Covid-19 di Filipina masih terus melonjak kerana kemunculan varian Delta.










