Eropah lepasi 50 juta kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Eropah lepasi 50 juta kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Eropah muncul sebagai rantau pertama di dunia melepasi jumlah 50 juta kes jangkitan akibat Covid-19.

Angka itu berdasarkan perhitungan dilakukan oleh Reuters ketika varian Delta yang semakin pantas merebak mendorong peningkatan kes Covid-19 di rantau tersebut.

Eropah menyaksikan sejuta kes jangkitan baharu setiap lapan hari dan mencatatkan hampir 1.3 juta kematian sejak pandemik Covid-19 bermula.

Varian Delta dikesan di kira-kira 100 negara dan kini merupakan varian dominan di seluruh dunia.

Eropah masih kekal sebagai antara rantau paling teruk dilanda Covid-19 dengan melaporkan 27 peratus kes jangkitan dan 31 peratus kematian di peringkat global.

Berdasarkan perhitungan Reuters, Eropah mengambil masa selama 194 hari merekodkan 50 juta kes daripada jumlah 25 juta kes jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, rantau itu melaporkan 25 juta kes Covid-19 dalam tempoh 350 hari sahaja.

Rusia yang merupakan antara negara Eropah paling teruk terjejas akibat Covid-19 kini hampir mencapai enam juta kes.

Dilaporkan, pasaran Eropah mengalami keadaan tidak menentu semalam selepas saham jatuh lebih dua peratus berikutan kebimbangan penularan varian Delta boleh melambatkan lagi proses pemulihan ekonomi global.

“Pelabur amat bimbang dengan kemungkinan perintah berkurung akan dilaksanakan semula dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

“Penularan Covid-19 sangat pantas dan syarikat penerbangan, restoran serta rekreasi mungkin tidak mendapat hasil yang diharapkan,” kata Pengarah Pelaburan di AJ Bell, Russ Mould. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya