TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett memberitahu ketua Unilever bahawa Israel akan bertindak agresif terhadap Ben & Jerry’s selepas syarikat itu membuat keputusan menghentikan penjualan aiskrim di wilayah Palestin yang dijajah Zionis.
Ini melibatkan Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.
Ben & Jerry’s semalam memaklumkan untuk bertindak sedemikian kerana tidak menyokong sebarang tindakan yang tidak konsisten dengan nilai-nilai syarikat.
Ini kerana wilayah berkenaan secara kejam dijajah oleh rejim Zionis.
Al-Jazeera melaporkan, Kementerian Luar Israel mengkritik keputusan itu dan melabel syarikat berkenaan bekerjasama dengan ‘pengganas ekonomi’.










