Dua rakyat China ditembak mati di Karachi - Utusan Malaysia

Dua rakyat China ditembak mati di Karachi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Dua warganegara China ditembak mati oleh pembunuh yang melakukan serangan hendap dengan menaiki motosikal di bandar ini.

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital awam.

Jurucakap Menteri Luar China, Zhao Lijian berkata, insiden itu merupakan kes terpencil yang berlaku di negara itu.

“Kami memberikan keyakinan sepenuhnya terhadap perlindungan yang diberikan oleh Pakistan terhadap rakyat China dan harta benda mereka di negara itu,” katanya kepada Reuters.

Insiden tembakan itu berlaku selepas dua minggu serangan bas yang membawa jurutera China ke empangan Dasu di Upper Kohistan sehingga mengorbankan 13 orang. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN