Covid-19: Singapura hantar bekalan tabung oksigen ke Indonesia - Utusan Malaysia

Covid-19: Singapura hantar bekalan tabung oksigen ke Indonesia

PETUGAS kesihatan membawa mayat pesakit Covid-19 di Bandung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kerajaan Singapura akan menghantar bekalan tabung oksigen kecemasan ke Indonesia untuk membantu negara itu menangani lonjakan kes Covid-19 yang menyaksikan ribuan terbunuh.

Berita Mediacorp melaporkan, ia akan menyokong keperluan mendesak bagi oksigen di kemudahan-kemudahan perubatan di Indonesia, jelas Kementerian Hal Ehwal Luar.

Lebih 500 tan oksigen akan dihantar ke Indonesia sehingga Ogos ini.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengharungi masa yang sukar ini bersama-sama Indonesia,” jelas Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean.

Semalam, CNN Indonesia melaporkan, jangkitan Covid-19 mencatatkan pertambahan 34,257 kes dengan 1,338 kes kematian.

Hospital Immanuel di Bandung merupakan antara kemudahan kesihatan yang melaporkan kehabisan stok bekalan oksigen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya