Covid-19: Perancis rekod kes lebih 10,000 tiga hari berturut - Utusan Malaysia

Covid-19: Perancis rekod kes lebih 10,000 tiga hari berturut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis semalam merekodkan kes jangkitan baharu melebihi 10,000 buat tiga hari berturut-turut.

Kementerian Kesihatan negara ini memaklumkan, sebanyak 12,532 kes jangkitan dicatatkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Perancis berjumlah 5.87 juta.

Sebanyak 10,949 dan 10,908 kes direkodkan pda Sabtu dan Jumaat lalu.

Perancis juga melaporkan sebanyak 891 pesakit Covid-19 kini dirawat dalam unit rawatan rapi dan jumlah kematian di hospital meningkat sehingga lima kali ganda iaitu sebanyak 111,472. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN