JAKARTA: Kerajaan Indonesia hari ini menerima sebanyak lapan juta dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac.
Lapor Tribunnews, bekalan vaksin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten.
Bekalan vaksin yang diterima itu bagi meningkatkan lagi kapasiti kesediaan vaksin dalam program imunisasi negara.
Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas berkata, program vaksinasi itu merupakan usaha kerajaan untuk melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19.
“Ini adalah sebahagian komitmen kerajaan untuk melindungi seluruh rakyat Indonesia daripada bahaya Covid-19.
“Oleh itu, kita perlu menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar memerangi wabak ini dengan segera,” katanya ketika menyambut ketibaabn vaksin itu. – AGENSI










