BEIJING: China yang mendorong eksplorasi ruang angkasa lepas dengan projek berskala besarnya, kini mula menuai sekumpulan padi pertama yang ditanam daripada benih yang datang dari angkasa lepas.
Beijing yang mengawal ketat keselamatan makanannya meluluskan penuaian benih padi yang datang dari kapal angkasa Lunar Voyage Chang’e-5.
Menurut televisyen negeri, para saintis mula menuai beras daripada 40 gram benih padi yang mengembara dengan kapal angkasa lunar.
Para pakar dalam proses mengkaji proses penuaian bagi mengenal pasti pelbagai jenis benih terbaik yang boleh diluluskan untuk ditanam di seluruh negara.
‘Beras dari syurga’ adalah benih padi yang mengembara sejauh 760,000 kilometer ke bulan, November lalu dan kembali ke bumi pada 17 Disember selepas 23 hari menaiki kapal angkasa China Chang’e-5.
Benih padi itu kemudian ditanam dan dibangunkan di Pusat Kajian Kejuruteraan Kebangsaan Pembiakan Ruang Tanaman di Universiti Pertanian China Selatan (SCAU).
Semasa merentas perjalanan ke bumi, benih-benih tersebut terdedah dengan kegiatan bintik matahari yang ganas selain radiasi kosmik dan graviti sifar.
Penyelidik China percaya sebilangan benih itu dapat bermutasi serta menghasilkan kualiti lebih baik. -AGENSI









