Chef maut terjatuh dalam periuk berisi sup menggelegak - Utusan Malaysia

Chef maut terjatuh dalam periuk berisi sup menggelegak

ISSA Ismail didakwa tergelincir sebelum terjatuh ke dalam periuk berisi sup yang sedang dimasaknya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Seorang tukang masak maut selepas terjatuh ke dalam periuk berisi sup yang dimasaknya dalam satu kejadian, baru-baru ini.

Lapor Gulf News, ketika kejadian, Issa Ismail tengah menyediakan hidangan untuk satu majlis perkahwinan di Zakho.

Ketika dia mengacau sup itu, Issa tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam periuk berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, tukang masak berusia 25 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat luka melecur yang teruk.

Pasukan perubatan bertungkus-lumus merawat Issa selama beberapa hari, namun dia meninggal dunia pada 21 Jun lalu selepas hampir 70 peratus badannya melecur.

Kisah kematian bapa tiga orang anak itu menjadi tular dan ramai yang menzahirkan rasa sedih serta mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Menurut keluarganya, Issa sudah bekerja sebagai tukang masak selama lapan tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN