Budak 7 tahun maut digigit anjing - Utusan Malaysia

Budak 7 tahun maut digigit anjing

Anjing liar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA TENGGARA TIMUR: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut digigit anjing di kampung Olakile, Boawae, Nagekeo.

Lapor Tribunnews, Ketua Perhubungan Awam Ngada, Silvester Teda berkata, mangsa pernah digigit anjing lain sebelum ini dan ahli keluarganya sudah membunuh anjing tersebut lalu menjamahnya seisi keluarga.

Dia turut mengesahkan kejadian itu dan mangsa ditahan di unit kecemasan, Khamis lalu.

Katanya, mangsa mengalami simptom peluh yang banyak, sensitif terhadap bunyi, sukar menelan air liur, sensitif terhadap cahaya matahari, air liur berlebihan dan takut terhadap air.

Jelasnya, mangsa juga pernah digigit anjing yang mempunyai penyakit anjing gila (rabies) sebulan yang lalu.

“Ketika itu, luka sudah dicuci dengan sabun tetapi tidak diberikan vaksin anti rabies. Anjing yang menggigit mangsa sudah dibunuh dan dimakan oleh ahli keluarga,” katanya.

Silvester mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada ketika memelihara haiwan ternakan seperti anjing supaya tidak terkena virus rabies.

Katanya, mangsa perlu segera mendapatkan suntikan vaksin bila terkena gigitan anjing dan jangan terlalu mengharap kepada ramuan ubat alternatif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN