BioNTech mahu hasilkan vaksin Malaria guna kaedah mRNA - Utusan Malaysia

BioNTech mahu hasilkan vaksin Malaria guna kaedah mRNA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Syarikat farmaseutikal Jerman, BioNtech bercadang untuk menghasilkan vaksin malaria menggunakan kaedah teknologi mRNA dan menyasarkan untuk melakukan ujian klinikal pada penghujung 2022.

Syarikat itu yang sebelum ini bekerja dengan Pfizer untuk hasilkan vaksin Covid-19 turut meneliti peluang bagi membangunkan kemudahan penghasilan vaksin di Afrika sebagai usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan akses global.

Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin berkata, respons terhadap pandemik Covid-19 ini menunjukkan sains dan inovasi boleh mengubah kehidupan ramai orang.

Kumpulan saintis di seluruh dunia sudah berusaha selama beberapa dekad untuk membangunkan vaksin mencegah malaria yang sehingga kini sudah meragut lebih 400,000 nyawa, dengan kebanyakannya bayi dan kanak-kanak di negara miskin di Afrika.

Satu-satunya vaksin malaria yang dibangunkan oleh GlaxoSmithKline iaitu Mosquirix sudah menjalani ujian klinikal di beberapa negara di Afrika, namun hanya berkesan sebanyak 30 peratus.

BioNtech turut bercadang untuk menguji calon vaksin bagi penyakit penyakit batuk kering atau tuberculosis (TB) pada 2022. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya