Bilionair berjaya tembus ruang angkasa lepas - Utusan Malaysia

Bilionair berjaya tembus ruang angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Seorang bilionair Richard Branson mendakwa berjaya menembusi ruang angkasa lepas dengan kapal roket Virgin Galactic.

BBC melaporkan, usahwan dari United Kingdom itu melakukan penerbangan dari New Mexico ke Amerika Syarikat menggunakan kenderaan roket yang dihasilkan oleh syarikatnya sejak 17 tahun lalu.

Katanya, perjalanan yang dilakukannya itu merupakan ‘pengalaman kali pertama sepanjang hidupnya’.

Dia berjaya mendarat semula ke bumi sejam selepas dia melakukan penerbangan itu.

“Saya menanam impian untuk merasai pengalaman ini sejak kecil lagi, dan sejujurnya tiada apa yang dapat mempersiapkan anda untuk melihat bumi dari angkasa lepas.

“Keseluruhan proses adalah sangat menakjubkan,” katanya dalam sidang akhbar.

Pengembaraan itu menjadikannya sebagai individu pertama yang mengembara perjalanan ke ruang angkasa lepas menggunakan kenderaaan mereka sendiri sekali gus menewaskan Jeff Bezos dari Amazon dan Elon Musk SpaceX.

Richard berjaya mencecah jarak sejauh 85 kilometer menggunakan kenderaan angkasa lepasnya yang dikenali sebagai Unity.

Pengembarannya ke angkasa lepas turut disertai oleh dua jurupandu, Dave Mackay dan Michael Masucci serta tiga pekerja Galactic, Beth Moses, Colin Bennett dan Sirisha Bandla.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.