Belum selesai pandemik Covid-19, England dilanda banjir pula - Utusan Malaysia

Belum selesai pandemik Covid-19, England dilanda banjir pula

WOOD Green High Street di London yang dilanda banjir akibat hujan lebat. - PETER WILSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Amaran kuning mengenai ancaman ribut yang boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik dikeluarkan di kawasan selatan England dari Norwich hingga Plymouth. 

Lapor Daily Mail, sebahagian kawasan di England merekodkan hujan berukuran 50 milimeter melanda selama satu jam, tengah hari kelmarin (Ahad). 

New Cross Road bertukar menjadi ‘sungai’ akibat hujan lebat dengan rakaman video menunjukkan stesen kereta api hampir tenggelam. 

Situasi itu lebih parah apabila unit kecemasan di Hospital Newham di timur London ditenggelamkan air banjir.

Pesakit yang memerlukan rawatan dinasihatkan pergi ke hospital berdekatan lain. 

Situasi sama turut dialami di Hospital Whipps Cross yang melaporkan ketiadaan bekalan elektrik dan terpaksa menggunakan generator tambahan. 

Staf di hospital itu memuat naik ciapan dalam Twitter dengan menjelaskan berhadapan masalah operasi akibat hujan lebat.  

Jurucakap Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, pihaknya bekerja rapat dengan rakan kongsi tempatan bagi menyelesaikan masalah di kedua-dua hospital itu. 

Jelasnya, pihaknya juga akan memantau keadaan pesakit dan perkhidmatan di unit kecemasan kekal seperti biasa. 

“Pesakit diminta pergi ke hospital alternatif lain sekiranya mampu bagi membantu kami menyelesaikan masalah ini segera,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya