Belanja hampir RM3,200 sebulan untuk makanan - Utusan Malaysia

Belanja hampir RM3,200 sebulan untuk makanan

BERAT badan Xiao Li bertambah sebanyak 100kg selepas pengambilan makanan berlebihan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki dari China sanggup menghabiskan wang kira-kira 5,000 yuan (RM3,200) sebulan hanya untuk membeli makanan secara dalam talian.

Lapor media tempatan, Xiao Li dari pekan Xi’an, wilayah Shaanxi akan memesan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran sebanyak lima hingga enam kali sehari.

Antara jenis makanan yang dipesan terdiri daripada nasi campur, mi daging, stik, ayam goreng yang kesemuanya merupakan makanan berkalori tinggi.

Katanya, dia kerap memesan makanan yang diinginkannya dan selalu menurut nafsu selera makan sebaik mungkin.

Akibat pengambilan makanan berlebihan, berat badan Xiao Li telah bertambah sebanyak 100 kilogram (kg).

Pada awalnya, Xiao Li mempunyai berat badan 90kg yang dikatakan melebihi tahap Indeks Jisim Badan (BMI) bagi ketinggian 180 sentimeter (cm).

Kini, berat badan Xiao Li mencecah 190kg dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Menurut Xiao Li, dia berasa tidak selesa malah mudah mengalami sesak nafas ketika berjalan beberapa langkah di sebabkan berat badannya yang melampau.

Katanya, dia gemar makan dan akan duduk sehari suntuk ketika bekerja.

Ini bermakna Xioa Li kurang bersenam dan menambah berat kira-kira 6kg setiap bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya