Bapa hempas anak ke dinding sampai mati - Utusan Malaysia

Bapa hempas anak ke dinding sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA BERAT: Seorang bapa bagaikan hilang pedoman apabila tergamak memukul anaknya yang berusia tiga tahun dengan menghempaskan ke dinding sampai mati.

Insiden berlaku apabila budak lelaki itu menangis kerana ingin buang air kecil, lapor Tribunnews.

Ketika kejadian, bapa mangsa sedang tidur manakala, ibunya bekerja.

Akibat terdengar tangisan itu, lelaki itu bangun dari tidur dan memarahi kanak-kanak tersebut.

Kejadian maut itu berlaku di sebuah rumah di Padang Panjang sekitar pukul 3.30 petang, semalam.

Unit Siasatan Jenayah, Polis Padang Panjang, Ferlyanto Pratama berkata, suspek memukul anaknya sebanyak tiga kali sebelum mangsa tidak sedarkan diri.

Katanya, suspek terkejut akibat kejadian itu dan membawa mangsa ke hospital.

Walaupun menerima rawatan kecemasan, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Suspek kemudian diberkas oleh pihak polis selepas abang iparnya membuat laporan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN